PUTRAJAYA: Ajaran sesat kini tidak lagi muncul secara terang-terangan seperti dahulu sebaliknya menyamar dalam bentuk program motivasi, pembangunan diri dan modul kerohanian sehingga menyukarkan proses pengesanan awal oleh pihak berkuasa. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata, selain itu kebanyakan pengikut ajaran sesat kini terjerumus dengan dakyah yang dibawa kerana keinginan untuk cepat mencapai kedudukan rohani yang lebih tinggi tanpa melalui ajaran agama sebenar. “Ada ajaran…










