KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerima tanggungjawab baharu sebagai Menteri yangmenjaga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan FGV Holdings Berhad (FGV).
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, surat rasmi telah diterimanya semalam daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tambah beliau, tugas tersebut akan dibantu Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.
“Walaupun saya tidak pernah ada pengalaman sebagai anak Felda, Saya minta kepada yang amat hormat Perdana Menteri nanti.
“Saya memohon seorang Timbalan Menteri (Ahmad), walaupun dari kementerian lain, untuk membantu saya dalam urusan hal ehwal FELDA.
“Timbalan Menteri tersebut perlu rajin dan sanggup tinggal bersama peneroka FELDA mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, termasuk syarat yang diberikan oleh isteri beliau,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2025 (PAU25), di sini, hari ini.-UTUSAN









