PETALING JAYA: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sudah menyampaikan pandangannya kepada semua presiden parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) meskipun tidak menghadiri mesyuarat ‘pra majlis’ di kediaman Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam. Setiausaha Politiknya, Mohd. Syahir Mohd. Sulaiman berkata, berlaku perubahan jadual saat akhir di pihak Abdul Hadi dan pemakluman mengenai ketidakhadiran Ahli Parlimen Marang itu juga sudah dimaklumkan kepada Muhyiddin. “Ya, berlaku perubahan jadual saat…










