Abang rindu awak selamanya, moga bertemu di syurga - Suami Nadia Kesuma - Utusan Malaysia

Abang rindu awak selamanya, moga bertemu di syurga – Suami Nadia Kesuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suami kepada pelakon Nadia Kesuma, Muhammad Kamarul Kabilan, reda dengan pemergian isterinya yang disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah.

Muhammad Kamarul berkata, meskipun tidak menyangka misteri kehilangan isterinya terlerai dengan berita kematian, beliau tetap bersyukur kerana diberi kesempatan menghantar jenazah arwah buat kali terakhir.

“Dengan penuh rasa sedih dan duka cita, saya ingin memaklumkan pemergian isteri tercinta yang telah meninggal dunia dengan tenang di Jeddah.

“Abang bersyukur kerana dapat menghantar kamu ke destinasi terakhir. Abang sayang kamu. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi, moga-moga di syurga nanti,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan arwah sebagai seorang isteri yang taat, penyayang dan setia sepanjang melayari bahtera rumah tangga bersama.

“Ya Allah, sesungguhnya kami datang daripada-Mu dan kepada-Mu kami kembali. Dia telah menjadi isteri yang taat, penyayang, ikhlas dan setia.

“Ya Allah, Engkau telah menjanjikan syurga buat mereka yang mentaati suami dan mereka boleh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang mereka sukai,” katanya.

Terdahulu, pelakon berusia 50 tahun itu dilaporkan hilang di Arab Saudi sejak Khamis lalu selepas mengikuti rombongan umrah ke London dan Paris.

Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh anak perempuannya, Myra, menerusi platform Threads pada awal pagi tadi.

Jenazah Allahyarham Nadia Kesuma akan dikebumikan di Jeddah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN