KUALA LUMPUR: “Teruskan usaha, dekatkan diri dengan Allah.”
Demikian nasihat seorang netizen kepada penyanyi, Nubhan di laman sosial, baru-baru ini.
Pengguna akaun Threads berkenaan menyarankan penyanyi itu tenang berdepan kecaman dan fitnah orang ramai.
“Nubhan, kau tak sedarkah orang semua benci dengan sikap dan kelakuan kau dekat bekas isteri kau, sedangkan mereka tak tahu hal sebenar. Cerita yang mereka dengar semua daripada pihak sebelah tanpa dengar daripada pihak kau.
“Akhir zaman ini penuh dengan fitnah. Kau abaikan segala fitnah dan tomahan, kau tunaikan tanggungjawab kau sebagai ayah dan jangan lawan debat dengan bekas isteri dan orang bodoh,
“Teruskan usaha kau dan dekatkan diri dengan Allah. Doa, usaha dan tawakal. Tanggungjawab anak lelaki kepada ibunya, isterinya. Jika isteri tak nak faham, layak suami memberi pengajaran terhadap isteri,” tulis individu berkenaan.
Kemarahan netizen memuncak apabila penyanyi itu didakwa mengeluarkan barangan peribadi serta menukar kunci kediaman ketika bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah berada di luar negara.
Insiden itu rentetan penceraian mereka yang disahkan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang Disember tahun lalu.
“Semoga melingkup,” tulis pengguna Threads.
“Sebab engkau, aku berhenti tengok Gegar Vaganza,” komen seorang lagi warganet.
Untuk rekod, Nubhan mendirikan rumah tangga dengan Afifah pada Ogos 2015. Mereka yang dikurniakan tiga cahaya mata, berpisah tahun lepas. – UTUSAN










