KUALA LUMPUR: Sejumlah 97 peratus murid sekolah rendah di seluruh negara sehingga akhir sesi akademik 2025/2026 telah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Pencapaian itu adalah hasil pelaksanaan intervensi berfokus dan sokongan berterusan di peringkat sekolah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, penguasaan kemahiran asas 3M sentiasa menjadi keutamaan kementerian bagi memastikan setiap murid menamatkan pendidikan sekolah rendah dengan asas pembelajaran yang kukuh dan mampan. “Usaha ini dilaksanakan secara…










