PETALING JAYA : Seramai 9,296 individu dilaporkan menjadi mangsa pelaburan tidak wujud sepanjang tempoh Januari hingga November tahun lalu membabitkan jumlah kerugian mencecah RM1.37 bilion. Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) berkata, pelaburan tidak wujud adalah skim pelaburan palsu yang menipu ramai mangsa membabitkan pelbagai peringkat golongan usia di negara ini. Katanya, statistik menunjukan seramai 2,088 mangsa penipuan berusia antara 41 hingga 50 tahun dan individu berusia 51 hingga 60 merekodkan…







