70 peratus orang di dunia alami kulit sensitif

70 peratus orang di dunia alami kulit sensitif

CINDY Tiu (tengah) bersama barisan penganjur semasa majlis pelancaran Ceramide Repair Lotion di One Utama Shopping Centre, di sini hari ini. - UTUSAN/NUR IZATUL AZWA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 70 peratus penduduk dunia mengalami kulit sensitif disebabkan pencemaran, tekanan kronik, kualiti tidur rendah, pemakanan tidak seimbang serta keadaan iklim cuaca panas dan lembap di Malaysia.

Pengurus Negara Galderma Malaysia, Cindy Tiu, berkata peningkatan masalah kulit sensitif menunjukkan keperluan mendesak terhadap penyelesaian berasaskan sains dermatologi.

Katanya, produk Ceramide Repair Lotion ini direka khas untuk mereka yang mengalami kulit kering, gatal, dan iritasi dengan tujuan menguatkan lapisan perlindungan kulit (skin barrier) dari dalam.

“Kami komited membantu rakyat Malaysia mencapai kulit yang lebih sihat dan berdaya tahan melalui penyelesaian penjagaan kulit yang lembut tetapi berkesan.

“Produk klinikal baharu ini dirumus untuk memulihkan skin barrier dan memberi kelegaan pantas kepada individu yang mengalami kulit kering dan sensitif,” katanya ketika majlis pelancaran Ceramide Repair Lotion di One Utama Shopping Centre, di sini hari ini.

Sementara itu, Pakar Perunding Dermatologi, Dr. Benji Teoh Tze Yuen, berkata kulit sensitif sering dipengaruhi pendedahan sinaran UV, pencemaran dan tabiat penjagaan kulit harian.

Menurutnya, ceramide yang semula jadi pada kulit berperanan mengekalkan kelembapan dan melindungi lapisan kulit.

“Saya lihat pesakit menghadapi kulit sensitif antara yang paling kerap. Ia dipengaruhi faktor seperti pendedahan UV, pencemaran, gaya hidup stres dan tabiat penjagaan kulit harian.

“Kajian klinikal menunjukkan produk berfokuskan pemulihan skin barrier, termasuk yang mengandungi ceramide boleh menyokong daya tahan dan keselesaan kulit,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN