PETALING JAYA: Seramai 484 orang rakyat Palestin terbunuh di Semenanjung Gaza dalam tempoh 180 hari sejak perjanjian gencatan senjata dimeterai. Pusat Komunikasi Kerajaan Palestin berkata, jumlah keseluruhan korban kini meningkat kepada 71,657 orang sejak pencerobohan Israel bermula. Menurutnya, Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOCHA) menyatakan kebimbangan terhadap pembunuhan berterusan orang awam itu. “Serangan udara, bedilan artileri dan tembakan oleh tentera pendudukan Israel (IOF) masih berterusan di seluruh…










