38 rakyat Malaysia meringkuk di penjara Narathiwat

38 rakyat Malaysia meringkuk di penjara Narathiwat

SURIN CHANTHEP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT: Penglibatan da­lam sindiket dadah dan pemilikan senjata api adalah antara punca seramai 38 rakyat Malaysia kini meringkuk di Penjara Pusat Narathiwat.

Komander Penjara Pusat Narathiwat, Surin Chanthep berkata, daripada jumlah itu, 30 individu termasuk tiga wanita ialah pesalah dadah.

“Baki selebihnya melibatkan senjata api (seorang), memasuki Thailand secara haram (5) dan lain-lain kesalahan (2).

“Semua rakyat Malaysia yang menjalani tahanan itu masing-masing berusia antara 19 hingga 67 tahun melibatkan tempoh tahanan antara 12 bulan dan lebih 11 tahun,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Surin berkata, bagi kes melibatkan senjata api, banduan tersebut menjalani hukuman setahun penjara.

Katanya, banduan lelaki rakyat Malaysia itu ditangkap atas kesalahan memiliki pistol dicekup pada bulan ini di Sungai Golok.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini belum ada rakyat Malaysia yang menjalani hukuman penjara seumur hidup di Penjara Pusat Narathiwat.

“Antara aktiviti yang dilakukan banduan rakyat Malaysia adalah latihan pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti kemahiran hidup, memasak dan belajar agama,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×