PETALING JAYA: Seramai 361,384 peminjam melibatkan jumlah pinjaman sebanyak RM5.13 bilion tidak pernah membuat sebarang bayaran balik kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Jumlah itu hakikatnya boleh menampung pembiayaan untuk tempoh dua tahun, sekali gus memberi kesan langsung terhadap dana pinjaman pendidikan negara. Dengan anggaran purata pembiayaan sekitar RM15,000 hingga RM20,000 bagi seorang pelajar setahun, jumlah RM5.13 bilion itu secara realistik mampu membiayai ratusan ribu pelajar universiti awam (UA).…










