KUALA LUMPUR: Sebanyak 295 undang-undang Persekutuan sebelum 1969 berjaya disemak oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) setakat ini, bagi memastikan ia kekal relevan dan berfungsi dengan berkesan. Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar berkata, pencapaian itu mencerminkan usaha berterusan AGC dalam memperkukuh rangka kerja perundangan negara melalui pelaksanaan kuasa di bawah Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1], khususnya bagi menilai semula peruntukan lama yang tidak lagi selari dengan keperluan semasa.…











