ROMPIN: Dianggarkan terdapat 1.5 juta warga Indonesia bekerja secara sah di Malaysia, manakala kira-kira 1.2 juta lagi dipercayai bekerja atau menetap tanpa dokumen. Situasi itu jelas menunjukkan sisi gelap penghijrahan tenaga kerja serantau. Aktivis sosial Malaysia-Indonesia, Kamarulzaman Zainal Abidin, 65, berkata, mereka yang bekerja atau menetap tanpa dokumen sah, berdepan risiko besar termasuk tindakan penguatkuasaan yang bakal memusnahkan masa depan seluruh keluarga yang bergantung hidup. Katanya, mereka juga sepatutnya berurusan…










