Zizie kongsi sisi peribadi Bung Moktar - Utusan Malaysia

Zizie kongsi sisi peribadi Bung Moktar

BUNG MOKTAR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isteri Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad berkongsikan hantaran terakhir di media sosial selepas dikejutkan dengan berita pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan itu.

Zizie, 47, meluahkan sisi pe­ribadi Allahyarham Bung Mok­tar yang murni dan jarang diketahui umum.

“Mereka mungkin tidak tahu hatinya, tetapi saya tahu. Sela­ma 16 tahun saya menyaksikan kebaikannya, kemurahan ha­­tinya, dan kasih sayangnya terhadap orang ramai. Tolong doakan dia,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Hantaran tersebut turut di­ser­tai video kenangan Allahyarham bersama anak-anak mereka sekali gus menggambarkan hu­bungan keluarga yang hangat dan penuh kasih sayang.

Zizie dan Bung Moktar men­dirikan rumah tangga pada 2009 dan sejak itu hubungan mereka dipenuhi memori serta soko­ngan antara satu sama lain.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 1.46 pagi semalam di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.

Berita sedih pemergian di­kongsi anak Allahyarham, Naim Kurniawan Moktar melalui hantaran di Facebook.

Difahamkan, Allahyarham meng­hadapi kegagalan buah ping­gang dan dimasukkan ke hospital sejak pagi kelmarin.

Allahyarham Bung Moktar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, Sabah pada pukul 2.25 petang semalam.

Sebelum itu, van memba­wa jenazah Ahli Parlimen Ki­na­batangan itu tiba di tanah perkuburan pada 1.45 tengah hari dan disambut oleh orang ramai daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama da­lam suasana hiba.

Orang ramai yang hadir turut membantu dalam urusan pengebumian termasuk mengang­kat jenazah, menyediakan tapak per­kuburan dan melakukan kerja-kerja tanah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×