PETALING JAYA: Isteri Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad berkongsikan hantaran terakhir di media sosial selepas dikejutkan dengan berita pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan itu. Zizie, 47, meluahkan sisi peribadi Allahyarham Bung Moktar yang murni dan jarang diketahui umum. “Mereka mungkin tidak tahu hatinya, tetapi saya tahu. Selama 16 tahun saya menyaksikan kebaikannya, kemurahan hatinya, dan kasih sayangnya terhadap orang ramai. Tolong doakan dia,” katanya…








