PETALING JAYA: Isteri Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad mengakui hilang arah selepas pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan itu, semalam. Zizie, 47, meluahkan rasa dukacita selepas kehilangan suami tercinta menerusi hantaran di media sosial malam tadi. “Malam ini, saya rasa benar-benar hilang arah, berharap saya punya sedikit lagi masa untuk memeluknya, memberitahu betapa dia sangat bermakna buat saya. “Mengucapkan terima kasih dengan seikhlas hati atas…










