Yakin Pas tampil calon Pengerusi PN

Yakin Pas tampil calon Pengerusi PN

AHMAD FADHLI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahmad Fadhli Shaari yakin salah seorang pemimpinnya menampilkan calon parti itu untuk menerajui Perikatan Nasional (PN) sebagai Pengerusi gabungan itu yang baharu.

Kata Ketua Penerangan Pas itu, calon itu tidak semestinya Presiden Parti tetapi seorang individu yang diyakini boleh mengembeling kekuatan parti-parti yang ada di bawah PN.

“Saya yakin Pas akan menampilkan calon dari parti ini untuk menerajui Perikatan Nasional sebagai Pengerusi yang baru. Tidak semestinya Presiden Parti tetapi seorang individu yang diyakini boleh mengembeling kekuatan parti-parti yang ada di bawah PN. 

“Pastinya rombakan akan dilakukan terhadap organisasi PN bagi memberikan fokus yang lebih kepada gerak kerja selepas ini,” katanya dalam Facebook hari ini.

Terdahulu, Ahmad Fadhli memaklumkan Muhyiddin telah menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan Pengerusi PN berkuatkuasa 1 Januari ini.

Perkara itu kemudian disahkan Muhyiddin menerusi kenyataan media.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli merakamkan ucapan tahniah di atas keterbukaan Muhyiddin untuk berbuat demikian.

“Selamat bekerja Pengerusi Perikatan Nasional yang baru,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN