Wira cilik Pahang, disantuni ,dihargai

Wira cilik Pahang, disantuni ,dihargai

WAN ROSDY Wan Ismail (tengah) bersama murid dan guru pengiring yang mencipta nama johan Pertandingan Bahas Ala Parlimen Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2025 di Wisma Sri Pahang, Kuantan baru- baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyantuni lima pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Purun, Bera yang mengharumkan nama negeri selepas muncul johan Pertandingan Bahas Ala Parlimen Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2025, dalam satu pertemuan penuh makna di Wisma Sri Pahang, Kuantan baru-baru ini.

Sebelum melangkah masuk ke dewan persidangan, Wan Rosdy meluangkan masa bertentang mata dan beramah mesra dengan wira-wira kecil itu sambil menyatakan rasa bangga terhadap pencapaian luar biasa yang bukan sahaja mengangkat nama Pahang, malah menyemarakkan semangat cintakan ilmu dan negara.

Menurutnya, kejuaraan yang diraih dalam pertandingan yang berlangsung di Perlis sebelum ini, melambangkan kekuatan pendidikan sebagai wadah membina patriotisme sejak usia awal, selaras aspirasi melahirkan rakyat berilmu, berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap masa depan negara.

Turut mengiringi pasukan tersebut ialah Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, Hanita Kassim serta guru pembimbing, Mohd Shukri Hussin dan Norfaizah Mat Diah yang disifatkan sebagai pendidik berdedikasi dan berjiwa besar dalam mencorak kecemerlangan murid. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN