KUALA LUMPUR: Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin pernah menyampaikan seolah-olah satu wasiat agar anaknya, Mohd. Naim Kurniawan Moktar diberi peluang untuk bertanding di kerusi Parlimen Kinabatangan. Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pesanan itu pernah disuarakan oleh Bung Moktar kepadanya sebelum ini. Timbalan Perdana Menteri berkata, meskipun beliau berpandangan cadangan tersebut adalah baik, perbincangan lanjut bersama rakan-rakan kepemimpinan parti serta Kerajaan Negeri Sabah masih…










