Warga emas maut kereta tertusuk besi paip

Warga emas maut kereta tertusuk besi paip

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Seorang warga emas maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum melanggar penghadang plastik yang berada di lorong kanan di Jalan Thean Teik bersebelahan dengan Pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini, pagi tadi.

Lebih malang, akibat pelanggaran itu juga, kereta jenis Toyota Vios yang dipandu oleh mangsa, Lim Soon Teik, 67, turut tertusuk sebatang besi paip sehingga menembusi tempat duduk bahagian pemandu sekali gus meragut nyawa lelaki terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake ketika mengesahkan kemalangan itu berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 9.41 pagi tadi.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang memandu keretanya dari Jalan Air Itam menuju ke Lebuh Raya Thean Teik dan tragedi itu berlaku apabila kereta mangsa secara tiba-tiba dikatakan hilang kawalan semasa tiba di Jalan Thean Teik.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah,” katanya yang memberitahu, hasil bedah siasat mendapati, punca kematian mangsa adalah disebabkan oleh kecederaan di bahagian muka konsisten dengan kemalangan jalan raya.

Tambah beliau, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN