KUANTAN: Seorang warden penjara ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumahnya yang dinaiki air banjir di Taman Seri Inderapura di sini, hari ini. Muhammad Hariri Kamarudin, 26, yang bertugas di Penjara Penor, dilaporkan keluar seorang diri sekitar pukul 1 pagi untuk meninjau keadaan rumahnya yang dimasuki air sedalam kira-kira satu kaki. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, bapa mangsa mula berasa bimbang apabila…










