PETALING JAYA: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan seolah membuat sindiran balas susulan kenyataan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Yeo Bee Yin berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak semalam. Menerusi akaun Facebook miliknya hari ini, Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, beliau juga kini sedang menunggu untuk meraikan Mahkamah Tinggi merasmikan terowong Pulau Pinang tahun hadapan. “Saya pun tunggu nak celebrate…










