KUALA TERENGGANU: Momentum positif prestasi pelancongan Terengganu mendorong kerajaan negeri meletakkan sasaran kedatangan sembilan juta pelancong tahun depan, sebagai penanda aras kesiapsiagaan untuk memanfaatkan sepenuhnya Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026). Sasaran itu meningkat sebanyak 500,000 pengunjung berbanding 8.5 juta pelancong ditetapkan tahun ini dengan tumpuan kepada slogan baharu ‘TRUE Terengganu-The Real Unique Experience’. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, slogan baharu itu…










