KUANTAN: Tasik Chini di Pekan, dekat sini yang suatu ketika dahulu gah sebagai antara destinasi pelancongan terkemuka di negeri ini tetap dikunjungi orang ramai meskipun Resort Tasik Chini belum beroperasi. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Leong Yu Man berkata, tasik itu masih menerima sambutan baik berikutan terdapat aktiviti yang disediakan buat pengunjung di Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC). “Sebenarnya ia mendapat sambutan yang baik. Saya difahamkan hampir setiap…










