BACHOK: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedia mempertimbang cadangan supaya individu yang mempunyai dua kerakyatan tampil menyerahkan dokumen pengenalan diri itu secara sukarela tanpa dikenakan tindakan. Ketua Pengarahnya Datuk Badrul Hisham Alias bagaimanapun berkata, setakat ini belum ada cadangan untuk berbuat demikian dan idea itu boleh dipertimbangkan. Katanya, prosedur melucutkan kewarganegaraan tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya, sebaliknya melalui proses yang ketat dan dipengerusikan oleh seorang hakim yang dilantik. “Dalam keadaan tertentu, mereka…










