KUALA LUMPUR: Suspek utama kes bunuh Suri Narudin dijangka dituduh di Mahkamah Majistret Tampin di Negeri Sembilan, esok. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya sudah melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kes dirujuk kepada pihak pendakwaan. “Pejabat Pendakwa Raya Negeri sudah meneliti kertas siasatan dan bersetuju untuk mendakwa suspek utama di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana didakwa menyebabkan kematian mangsa. “Seorang lagi individu,…










