Sultan Nazrin terima serahan bayaran zakat perniagaan RM18.4 juta - Utusan Malaysia

Sultan Nazrin terima serahan bayaran zakat perniagaan RM18.4 juta

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah menerima serahan bayaran zakat perniagaan daripada 11 syarikat korporat berjumlah RM18,400,115.12 kepada Zakat Perak Al-Ridzuan di Ipoh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan menerima serahan bayaran zakat perniagaan daripada 11 syarikat korporat berjumlah RM18,400,115.12 kepada Zakat Perak Al-Ridzuan atau Zapar.

Pada majlis itu, Affin Islamic Bank Berhad yang diwakili Ketua Jabatan Syariah, Syed Muhammad Syed Mohamad Nasir mendahului senarai dengan menyerahkan zakat berjumlah RM250,000.00.

Ia diikuti Agro Bank diwakili Pengerusi Jawatankuasa Syariah Kumpulan Agrobank, Wan Rumaizi Wan Husin@Abdul Aziz dengan zakat sebanyak RM174,598 manakala Bank Islam Malaysia Berhad yang diwakili Ketua Pegawai Kewangan Sosial Kumpulan, Mohd Nazri Chik pula menyerahkan zakat dengan jumlah RM879,000.

Seterusnya, zakat sebanyak RM373,322.12 diserahkan Bank Muamalat Malaysia Berhad, melalui Ketua Divisyen Shariah Dr.Muhammad Izuwan Mahyudin, Bank Rakyat yang diwakili Ahli Lembaga Pengarah, Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin Tunku Adnan (RM1,350,195), Bank Simpanan Nasional (BSN) diwakili Ketua Eksekutifnya, Datuk Jay Khairil Jeremy Abdullah (RM136,000).

Dalam pada itu, Lembaga Air Perak (LAP) yang diwakili Pengurus Besar, IR. Lokman Abd Rahim menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM4,510,000 dan Maybank Islamic Berhad yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Mohamad Yasin Abdullah dengan jumlah RM1,200,000.

Di samping itu, Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn. Bhd. turut menyerahkan zakat perniagaan yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Amirul Hakim Bin Abdullah dengan jumlah RM1,415,000 selain Public Islamic Bank Berhad yang diwakili Ketua Bahagian Shariah, Mohd Supian Mat Nan dengan jumlah RM300,000.

Penyerahan zakat perniagaan diakhiri Tenaga Nasional Berhad (TNB) diwakili Presiden Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk IR. Megat Jalaluddin Megat Hassan berjumlah RM7,812,000.

Sultan Nazrin kemudian berkenan menyerahkan zakat perniagaan dan pendapatan kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd. Annuar Zaini.

Penyerahan zakat itu disempurnakan pada Majlis Pengurniaan Watikah Yang Di Pertua dan Anggota MAIPk, Hakim Mahkamah Syariah Perak dan Ahli Majlis Perundingan Masjid serta Penyerahan Zakat Perniagaan dan Pendapatan di Kelab Golf Diraja Perak (RPGC), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN