Sudah lama saya block dia - Zara Zya

Sudah lama saya block dia – Zara Zya

KUALA LUMPUR 28 DISEMBER 2023 - Majlis pelancaran single bertajuk Cinta Agung bersama pelakon, Zara Zya.Sidang media ‘Transformasi Dato’ Sri Alha Alfa’ di Publika hari ini. / M Firdaus M Johari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya mohon jangan layan Saiful itu.”

Demikian permintaan Zara Zya, 40, mengenai perkongsian seorang individu yang menulis komen dangkal mengenainya itu di media sosial.

Menurut Zara, dia tidak pernah membalas komen lelaki itu yang beberapa kali mengganggunya sebelum ini.

“Sudah lama saya block dia sebab saya rasa terganggu. Saya pun tak kenal dia, dan saya tak pernah membalas direct message (DM)  dari dia yang seolah ada balasan perbualan dengan saya.

Lelaki berkenaan sebelum ini mencuri tumpuan apabila menuduh Zara tidak mampu menjadi isteri sempurna kerana penyakit yang dialaminya.

“Dia sakit dan serius tak mampu nak jadi isteri sempurna.

“Tak boleh mengandung, ada sakit. Kemungkinan  meninggal dunia sangat tinggi,” tulisnya.

Zara dalam masa yang sama tidak menolak lelaki berkenaan mengalami masalah mental.

“Dia tak sihat, maafkanlah dia,” tulisnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN