Suami bunuh, simpan mayat isteri direman tujuh hari

Suami bunuh, simpan mayat isteri direman tujuh hari

SUSPEK (tengah) yang didakwa membunuh isterinya sebelum menyimpan mayat wanita itu selama empat hari dalam bilik tidur di rumah sewa di Seberang Jaya dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang pagi tadi untuk mendapatkan perintah reman.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Seorang penganggur yang disyaki membunuh isterinya sebelum menyimpan mayat wanita itu selama empat hari dalam bilik tidur di rumah sewa mereka di pangsapuri Jalan Tuna, Seberang Jaya di sini semalam, direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga 18 Disember terhadap lelaki berusia 28 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret J. Savinder Singh bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek sebelum itu tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 8.45 pagi dengan diiringi oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) yang lengkap bersenjata untuk prosiding reman.

Dalam kejadian tersebut, suspek dikatakan bertindak kejam apabila bukan sahaja membunuh isterinya, malah, menyimpan mayat wanita itu dalam sebuah bilik di rumah mereka selama empat hari.

Difahamkan, mangsa yang berusia 44 tahun itu merupakan ibu kepada lima orang anak dan berkahwin dengan suspek kira-kira dua tahun yang lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN