PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Bahagian Komunikasi Strategik dan Jabatan Komunikasi Strategik (JKS) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memperkukuh kerjasama meliputi koordinasi komunikasi, pengurusan krisis serta pelaksanaan program bersama. Pengarah BKS SPRM, Hisyam Mohd. Yusoff berkata, kepakaran serta pengalaman luas SPRM dalam pengendalian krisis dapat dimanfaatkan FELDA bagi mempertingkat imej serta keberkesanan komunikasi kedua-dua agensi. Menurutnya, kecemerlangan BKS SPRM turut diiktiraf apabila meraih tiga anugerah pada The…










