PETALING JAYA: Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) terus memperkasakan rakyat Malaysia dengan perlindungan yang lebih pintar dan fleksibel melalui Smart Home Cover.
Perlindungan tersebut adalah sebuah penyelesaian insurans kediaman komprehensif yang menyediakan ketenangan minda yang berterusan untuk pemilik rumah, penyewa dan tuan rumah.
Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General, Sean Wang berkata, Smart Home Cover menawarkan penyelesaian semua dalam satu untuk melindungi bangunan kediaman and isi kandungannya, tanpa memiliki polisi berlainan yang pelbagai.
“Selain insurans kebakaran, Smart Home Cover menawarkan perlindungan dan kemudahan dalam pelbagai aspek untuk pemilikan rumah atau penyewaan,” katanya dalam kenyataan.
Sean berkata, dengan kenaikan nilai hartanah dan peningkatan risiko kejadian yang tidak dijangka seperti banjir dan kebakaran, melindungi kediaman anda adalah sangat penting.
Menurutnya, Smart Home Cover menyediakan cara yang mudah untuk kekal dilindungi, menawarkan perlindungan fleksibel yang disesuaikan dengan keperluan pengguna dan melangkaui perkara asas, dengan kemudahan tambahan dan penjimatan untuk pelan berbilang tahun.
Untuk penjimatan lebih, Smart Home cover juga tersedia dalam Pelan Berbilang Tahun, yang memastikan pemegang polisi dilindungi tanpa gangguan selama tiga tahun dengan bayaran premium tunggal, bebas dari kerumitan pembaharuan tahunan.
“Smart Home Cover Allianz General menyediakan fleksibiliti, perlindungan berkualiti dan nilai jangka panjang melebihi apa yang biasanya tersedia dengan pelan insurans kediaman asas.
“Dengan Pelan Berbilang Tahun, pelanggan juga boleh menikmati perlindungan dan ketenangan minda yang berpanjangan,” jelasnya.
Tambahnya, perlindungan kediaman semua dalam satu Smart Home Cover termasuk lima komponen yang boleh disesuaikan iaitu pemilik rumah (bangunan), isi rumah (isi kandungan), perlindungan ansuran pinjaman gadai janji, pembaikan rumah dan penjagaan rumah dan insurans pemilik rumah sewa. – UTUSAN









