SK Bukit Rahmat Tangkak johan floorball

SK Bukit Rahmat Tangkak johan floorball

Pasukan floorball SK Bukit Rahmat (The FloBurst), Tangkak, Johor bergambar kenangan bersama guru pengiring selepas muncul johan dalam Kejohanan Floorball Sekolah Malaysia 2025 di Puchong, Selangor, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Bukit Rahmat, Tangkak, Johor mengungguli Kejohanan Floorball Sekolah Malaysia (KFSM) 2025 apabila menjadi johan bagi kategori lelaki dan perempuan 12 tahun, baru-baru ini.

Guru Besarnya Razak Ithnin berkata, dalam kejohanan itu, SK Bukit Rahmat menghantar dua pasukan iaitu lelaki dan perempuan 12 tahun.
Katanya, pasukan floorball sekolah itu telah ditubuhkan pada tahun 2020 dikenali sebagai The FloBurst di bawah jurulatih Rashidi Molok.

“Sukan floorball menjadi fokus kebitaraan sekolah dan kemenjadian murid dalam bidang sukan serta antara program kokurikulum berimpak tinggi di SK Bukit Rahmat.

“Bagi meningkatkan keupayaan pasukan ini, kami mengadakan latihan intensif secara berfokus pada hujung minggu dan cuti sekolah,” katanya.

Razak berkata, dalam kejohanan KFSM yang berlangsung di Spacerubix, Puchong, Selangor, bagi kategori lelaki 12 tahun pasukan SK Bukit

Rahmat muncul johan manakala naib johan disandang SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur. SK Seri Laksana, Batu Pahat pula di tempat ketiga.

Katanya, SK Bukit Rahmat menjadi johan bagi kategori perempuan 12 tahun manakala SK Taman Tun Aminah, Johor Bahru muncul naib johan dan tempat ketiga disandang SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN