Imbasan 2025: Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 lonjak nama Malaysia

Imbasan 2025: Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 lonjak nama Malaysia

SIDANG Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMAJA PEREMPUAN MAUT DITIKAM DI SEKOLAH

14 OKTOBER

Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut ditikam pelajar lelaki 14 tahun dalam kejadian di kawasan tandas perempuan di Sekolah Menengah Bandar Utama, Damansara.

RIBUT TERBURUK DI SELANGOR

17 OKTOBER

SEKOLAH dekat Sijangkang dan Kampung Medan, Telok Panglima Garang terjejas akibat ribut.

Sesi persekolahan bagi sekurang-kurangnya 4,000 pelajar di lima buah sekolah dekat Sijangkang serta Kampung Medan, Telok Panglima Garang terjejas akibat ribut dan puting beliung yang disifatkan paling buruk pernah berlaku.

ISU TARIF: MALAYSIA-AS TANDATANGANI ART

26 OKTOBER

Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat(AS) dimeterai semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke‑47 di Kuala Lumpur.

KERAJAAN, PDRM DIARAH BAYAR LEBIH RM31J KEPADA WARIS PASTOR KOH

5 NOVEMBER

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membayar pampasan melebihi RM31 juta kepada waris Pastor Raymond Koh berhubung dakwaan penglibatan kerajaan dalam kes penculikannya, lapan tahun lalu.

SABAH TUNTUT 40 PERATUS HASIL

11 NOVEMBER

Kerajaan Persekutuan tidak akan membuat rayuan terhadap Pemberian Khas Negeri Sabah berdasarkan 40 peratus hasil sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Ting­gi Kota Kinabalu dalam Permohonan Semakan Kehakiman yang difailkan oleh Sabah Law Society.

BAWAH 16 TAHUN DILARANG MILIKI AKAUN MEDIA SOSIAL

23 NOVEMBER

Kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah tidak lagi dibenarkan memiliki akaun media sosial sendiri apabila larangan berkenaan dikuatkuasakan mulai 2026.

BANJIR PANTAI TIMUR

25 NOVEMBER

Monsun Timur Laut yang bermula pada November 2025 serta fenomena Ribut Tropika Senyar mencetuskan kejadian banjir di beberapa negeri khususnya di Pantai Timur Semenanjung, Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, selain menjejaskan kawasan sekitar ibu negara.

SHAMSUL ISKANDAR LETAK JAWATAN

25 NOVEMBER

Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa 25 November.

HAJIJI NOOR KETUA MENTERI SABAH

30 NOVEMBER

HAJIJI Noor berjalan keluar dari kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor Ketua Menteri Sabah untuk penggal kedua.

SHAMSUL ISKANDAR DIDAKWA RASUAH

4 DISEMBER

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd. Akin didakwa atas empat pertuduhan menerima rasuah berupa wang tunai, perabot dan barangan elektrik berjumlah RM176,829.03 dan menerima suapan berjumlah RM69,924. Turut didakwa ahli perniagaan yang dikatakan memberi rasuah tersebut, Tei Jiann Cheing atau lebih dikenali sebagai Albert Tei.

BUNG MOKTAR RADIN MENINGGAL DUNIA

5 Disember

BUNG MOKTAR RADIN

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia. Allahyarham juga merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag.

MALAYSIA MENANG SEPENUHNYA KES TUNTUTAN SULU

6 Disember

Mahkamah Agung Belanda menamatkan tuntutan Kumpulan Sulu yang tidak sah terhadap Malaysia dan menolak sepenuhnya rayuan difailkan oleh mereka.

NAJIB KEKAL DI PENJARA KAJANG

22 DISEMBER

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menghabiskan hukuman penjaranya atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. di Penjara Kajang dan bukannya di rumah selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching memutuskan Titah Adendum tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan.

THAILAND, KEMBOJA RUNDING SEMULA

22 Disember

Rundingan untuk mencapai perdamaian antara Kemboja dan Thailand di­sambung semula di Kuala Lumpur melalui Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN.

MOHD. SHUKRI LETAK JAWATAN MB PERLIS

25 Disember

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd. Shukri Ramli meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis.

NAJIB BERSALAH KES SELEWENG DANA 1MDB

26 DISEMBER

Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah atas 25 pertuduhan berkait penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion. Beliau dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion dan diperintahkan berjalan berasingan dengan hukuman penjara yang dijalani ketika ini. Gagal bayar denda, hukuman penjara boleh ditambah lagi 40 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN