KUALA LUMPUR: Dakwaan mengenai pemilihan kontraktor ‘cap ayam’ dalam kerja-kerja penyelenggaraan jalan perlu disiasat terlebih dahulu sebelum sebarang kesimpulan dibuat. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, mana-mana pihak bebas membuat dakwaan, namun kementerian perlu meneliti punca sebenar isu yang dibangkitkan. “Ya, sesiapa pun boleh mendakwa apa sahaja, tetapi kita perlu siasat dahulu apa sebenarnya berlaku dan apa punca masalahnya. “Kita memilih kontraktor mengikut peraturan. Namun, kita akui…










