Sharuddin Jamal pula umum berundur Pengerusi PN Johor

Sharuddin Jamal pula umum berundur Pengerusi PN Johor

SAHRUDDIN JAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr. Sahruddin Jamal mengumumkan pengunduran sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan Pengerusi PN pusat.

Perkara itu disahkan bekas Menteri Besar Johor itu kepada Utusan Malaysia sebentar tadi.

“Betul, saya letak jawatan Pengerusi PN Johor,” katanya.

Terdahulu, beliau dalam hantaran Facebook mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN Johor.

“Hilang jawatan Menteri Besar pun saya suka , letak jawatan pengerusi PN lagilah saya suka,” katanya.

Pengumuman Sahruddin itu susulan tindakan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN bermula 1 Januari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN