Shaffiq Erwin pertaruhkan Janjir - Utusan Malaysia

Shaffiq Erwin pertaruhkan Janjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi yang juga guru vokal, Shaffiq Erwin, 34, mengorak setapak lagi langkah dalam dunia nyanyian dengan kelahiran single terbaharunya, Janjir.

Shaffiq, yang menapak dalam dunia muzik tanah air sejak 2012, kali ini tampil dengan genre lagu berlainan.

“Janjir bukan sekadar buah tangan biasa. Lagu berkonsep Rockdut ini (gabungan muzik Rock dan Dangdut) merupakan hasil ciptaan bersama Rudy Nastia dan Aizad Khan di bawah naungan Sevoce Studio dan edaran Universal Music,” katanya dalam kenyataan.

Janjir menceritakan tentang pasangan yang pernah berjanji untuk setia, namun janji itu dimungkiri apabila salah seorang memilih untuk pergi dan hanya kembali apabila kesusahan melanda.

Video muziknya, yang ditayangkan di Youtube sejak tiga minggu lalu menerima maklum balas positif dengan 19,000 tontonan.

Tampil meriah dengan tema merah jambu dan putih, video muzik Janjir turut melibatkan kerjasama Kunafa Aiwah, Anas Lips Serum dan Heetam Putih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN