Selamat berjuang kepada kontinjen Sukan SEA - Utusan Malaysia

Selamat berjuang kepada kontinjen Sukan SEA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kontinjen negara yang beraksi dalam temasya Sukan SEA di Thailand  diharap dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dan beraksi dengan tenang serta penuh keyakinan dalam setiap pertandingan yang disertai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjuang kepada seluruh kontinjen negara yang bakal beraksi dalam temasya Sukan SEA di Thailand yang bermula secara rasmi hari ini.

Beliau berkata, para atlet diharap dapat memberikan tumpuan sepenuhnya, beraksi dengan tenang serta penuh keyakinan dalam setiap pertandingan yang disertai.

“Beraksilah dengan fokus, tenang dan penuh keyakinan. Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi setiap langkah kalian,” katanya dalam Facebook hari ini.

Tahun 2025 juga menjadi detik bersejarah buat Malaysia apabila hadir dengan kontinjen terbesar pernah direkodkan iaitu seramai 1,655 anggota merangkumi 1,140 atlet dan 515 pegawai.

Atlet negara akan turun beraksi dalam 50 jenis sukan membabitkan 459 acara, merangkumi disiplin Olimpik, Sukan Asia dan pelbagai acara tradisional rantau ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN