'Saya dah nasihat jangan teruskan'

‘Saya dah nasihat jangan teruskan’

RUS’SELE Eizan dalam sidang akhbar di Kompleks Seri Putra, Kangar, Perlis, hari ini. -UTUSAN/ADIB AKHYAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Rus’sele Eizan mendedahkan beliau telah terlebih dahulu memberi nasihat agar jangan meneruskan sebarang usaha menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli.

Katanya, nasihat tersebut diberikan kepada dua wakil dari Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipanggil bertemu beliau sebelum krisis berkenaan tercetus.

Katanya, bagaimanapun, mereka tetap berkeras menandatangani akuan berkanun (SD) menarik sokongan terhadap Mohd. Shukri.

“Matlamat nak turunkan Menteri Besar, tetapi mereka tidak lihat implikasi yang akan berlaku selepas itu. Apabila berlaku, ia telah mengkhianati parti dan mana-mana parti sekali pun akan mengambil tindakan.

“Saya dah jangka usaha tersebut akan berlaku dan sebab itu, saya memanggil mereka lebih awal untuk memberi nasihat agar tidak diteruskan,” katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Seri Putra di sini hari ini.

Terdahulu, Rus’sele mengumumkan kekosongan luar jangka di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Chuping, Bintong dan Guar Sanji selepas tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tersebut terhenti keahlian Pas.

Status kekosongan kerusi itu akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat dan Speaker juga memohon untuk diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK).

Kemelut politik di Perlis tercetus selepas lapan daripada 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) termasuk tiga dari Pas menyerahkan SD kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menyatakan penolakan sokongan terhadap Mohd. Shukri.

Rus’sele berkata, tidak berbangkit persoalan tindakan tidak boleh diambil disebabkan tiga bekas ADUN Pas itu bertanding di atas tiket PN.

“Watikah ketiga-tiga bekas ADUN itu bertanding adalah dari Pas bukan PN,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN