MELAKA: Sebanyak 87 saman dikeluarkan sepanjang operasi penguatkuasaan penganjuran RXZ Member Ride 3.0 yang berlangsung di negeri ini selama tiga hari bermula Jumaat sehingga semalam. Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, tindakan penguatkuasaan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) itu melibatkan pemantauan di beberapa lokasi tumpuan sekitar negeri ini. “Sepanjang tempoh penguatkuasaan sempena RXZ Member Ride 3.0, PDRM mengeluarkan sebanyak 87 saman melibatkan pelbagai kesalahan trafik. “Kesalahan paling…










