Rombongan SK PPPTR Tekam, ceria sertai lawatan sambil belajar

Rombongan SK PPPTR Tekam, ceria sertai lawatan sambil belajar

Sebahagian guru, ibu bapa dan murid prasekolah bergambar semasa melawat Muzium dan Galeri Bank Negara, di Jalan Datuk Onn, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 43 orang guru, ibu bapa dan murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak, (SKPPPTR) Tekam,

Jerantut menyertai lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur baru-baru ini.

Guru Penyelaras Lawatan, Ku Aznita Ku Abdullah berkata, lawatan sehari itu di bawah program Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIKBS) telah mengunjungi tiga buah lokasi, iaitu Pusat Sains Negara, Muzium dan Galeri Bank Negara Malaysia dan Muzium Polis DiRaja Malaysia.

“Menerusi program cuti hujung minggu, kita dapat mencanai pengetahuan dan pengalaman murid prasekolah sebelum mereka melangkah ke Tahun Satu nanti.

“Pembabitan ibu bapa yang turut bersama anak masing-masing juga cukup signifikan apabila dapat merapatkan hubungan antara sekolah dan komuniti setempat khususnya melibatkan aktiviti berbentuk pelajaran dan kokurikulum,” katanya di Tekam, Jerantut baru-baru ini.

Menurut Ku Aznita, ahli rombongan itu terdiri daripada lima orang guru, seramai 19 orang murid dan ditemani ibu bapa masing-masing cukup memberikan kesan khususnya minat murid terhadap lokasi yang menarik dan bersejarah di Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN