PEKAN: Pasangan suami isteri di Taman Sri Maulana di sini, merayu orang ramai membantu membiayai perubatan anak mereka berusia 12 tahun yang menghidap penyakit ‘Crouzon Syndrome’, iaitu sejenis kelainan genetik sejak dilahirkan. Mohd. Fazrul Razduan Kamaruzaman, 43, berkata, Muhammad Niyaz Furqan lahir dengan kecacatan fizikal di bahagian muka dan tengkorak kepala selain keadaan matanya merah serta sering mengalami masalah pernafasan. “Sejak lahir, anak didiagnos Crouzon Syndrome iaitu sejenis kelainan genetik…










