Ramanan serahkan kepada PM - Utusan Malaysia

Ramanan serahkan kepada PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan menyerahkan sepenuhnya keputusan berkaitan rombakan Kabinet kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, Ahli Parlimen Sungai Buloh itu juga tidak menerima sebarang makluman setakat ini mengenai kemungkinan berlakunya rombakan Kabinet.

“Saya tidak diberitahu ataupun dimaklum apa-apa berkaitan dengan isu itu (rombakan).

“Saya ingat biarlah Perdana Menteri buat pengumuman dalam masa yang terdekat ataupun masa yang tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Peluncuran Penyerahan Peralatan ICT (Smartboard) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Sebelum ini, media melaporkan Ramanan antara nama yang disebut akan terlibat dalam rombakan kabinet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN