Politeknik Ungku Omar (PUO) menerusi program Bachelor of Marine Engineering Technology (BMT) baru-baru ini menyertai Program Jalinan TVET Nusantara, satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bertemakan Education and Conservation of Mangrove Ecosystem yang diadakan di Ekowisata Mangrove Wonorejo, Surabaya Indonesia.
Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Fakultas Vokasi, Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), sebuah institut penyelidikan melibatkan 20 pelajar dan 14 pensyarah daripada kedua-dua institusi.
Aktiviti utama termasuk penanaman pokok bakau sebagai usaha pemuliharaan ekosistem pesisir, sesi pendidikan berkaitan kelestarian alam sekitar, serta pertukaran budaya dan ilmu antara dua institusi.
Menurut Pengarah PUO, Dr. Salmi Che Meh, usaha murni tersebut sangat membanggakan kerana ia membuktikan bahawa PUO bukan sahaja komited dalam memberikan khidmat kepada ko muniti tempatan, tetapi juga aktif dari aspek meluaskan impak sosial dan pendidikan ke peringkat serantau.- UTUSAN










