Pulau Pinang: Rebat cukai tanah naik 50 peratus mulai 2026

Pulau Pinang: Rebat cukai tanah naik 50 peratus mulai 2026

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Pulau Pinang bersetuju menaikkan kadar rebat cukai tanah daripada 32.5 kepada 50 peratus mulai tahun depan sebagai langkah untuk meringankan beban kewangan pemilik tanah di negeri ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, keputusan itu dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri pada 10 Disember lalu bagi memastikan peralihan kepada kadar baharu dapat dilaksanakan secara berperingkat dan terkawal.

Menurut beliau, kadar baharu cukai tanah yang disemak itu akan kekal untuk tempoh minimum 10 tahun sebagaimana diperuntukkan di bawah Kanun Tanah Negara (Akta 828), sekali gus memberi kepastian kepada pemilik tanah di negeri ini.

“Pemberian rebat 50 peratus itu juga adalah langkah tambahan kerajaan negeri untuk mengimbangi pelaksanaan kadar baharu cukai tanah tanpa menjejaskan keperluan hasil negeri,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, kerajaan negeri turut mengekalkan keputusan memberi pengecualian 100 peratus bayaran denda ke atas tunggakan cukai tanah dan cukai petak mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2026 yang melibatkan jumlah denda keseluruhan sebanyak RM25 juta.

Beliau memaklumkan, bil cukai tanah akan mula dipos kepada pemilik pada pertengahan Januari 2026 berikutan urusan cetakan kadar baharu hanya bermula awal Januari, namun semakan dan bayaran secara dalam talian boleh dibuat mulai 2 Januari 2026.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN