KUALA LUMPUR: Program Smart Classroom@Kemas akan diperluaskan secara berfasa ke seluruh negara menjelang 2027 bagi memperkukuh pendidikan digital di Tabika dan Taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas). Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, inisiatif itu dilaksanakan bagi melahirkan modal insan fasih digital melalui pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kurikulum, kokurikulum dan aktiviti luar kurikulum. “Pada tahun ini, dua Smart Classroom@Kemas dilaksanakan secara rintis di Tabika…










