PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan saluran diplomasi bagi memudahkan penyaluran bantuan kemanusiaan ke Aceh, Indonesia yang dilanda banjir. Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, sokongan kerajaan amat diperlukan bagi mengelakkan kekangan birokrasi serta salah faham dalam urusan merentasi sempadan yang melibatkan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa. “Bila melibatkan hubungan antarabangsa, semuanya menjadi sensitif dan…









