PETALING JAYA: Polis menahan seorang lagi suspek utama yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan mayat seorang wanita dalam sebuah beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Jalan Pedas-Linggi, Rembau, Negeri Sembilan semalam. Penahanan suspek lelaki yang juga suami kepada si mati dilakukan di sekitar Genting Sempah tidak sampai 24 jam selepas polis menahan suspek pertama di Melaka, petang semalam. Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner…










