MELAKA: Polis Melaka tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung insiden seorang wanita yang didakwa tidak dibenarkan memasuki pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin ekoran pelanggaran etika pemakaian di premis kerajaan. Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada 8 Disember lalu, kira-kira pukul 5 petang ketika dua wanita hadir ke IPD berkenaan untuk membuat laporan polis selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. Menurut beliau, pegawai…









