TELUK INTAN: Pengalaman pahit lebih 300 penduduk Kampung Selat Manggis dan Kampung Sungai Kerawai terperangkap selama seminggu ketika banjir besar 2021 mendorong ketua kampung bertindak pantas apabila paras air mula naik minggu lalu. Dalam kejadian 2021, laluan keluar masuk kampung tenggelam sepenuhnya, menyebabkan penduduk tidak dapat menyelamatkan diri dan bantuan sukar disalurkan. Bagi mengelakkan kejadian itu berulang, arahan perpindahan dikeluarkan segera sebaik banjir mula memasuki kampung Isnin lalu. Ketika ini,…











