PETALING JAYA: Perasuah yang terbabit dalam sogokan di pintu masuk negara perlu dibankrapkan bagi mengelakkan mereka terus menikmati harta curi milik negara. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, rasuah dalam penguatkuasaan perairan bukan sahaja mengakibatkan kerugian kepada negara, malah turut menjejaskan keselamatan dan kedaulatan maritim. Katanya, SPRM memandang serius sogokan berlaku di perairan bagi melepasi penguatkuasaan dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak…










